Nasib Melayu Singapura:Fandi Ahmad, Dari Jutawan Bolasepak, menjadi warga terbuang.

Saya telah membaca wawancaranya di dalam akhbar Today dan menggeleng-gelengkan kepala apabila membaca bagaimana dia mengakhiri nasibnya di sebuah negara yang ia tidak gembira.


Pertama beliau tidak diendahkan dan diketepikan untuk kerja kejurulatihan di Singapura. Kerjaya itu telah diberikan kepada FT walaupun hakikatnya dia lebih mempunyai kelayakan dan pengalaman untuk melakukannya.

Malah bakat bola sepak terhebat dalam sejarah hari ini terpaksa mengakhiri kerjayanya di JB di mana bakat beliau yang besar lebih dihargai kerana negaranya lebih mengutamakan khidmat warga asing.

Selepas memberi sumbangan kepada bola sepak Singapura selama beberapa dekad dan begitu banyak pencapaian yang luar biasa, beliau akhirnya telah dicampakkan dan warga asing lebih diberi peluang dengan bayaran gaji yang tinggi tetapi telah gagal untuk memulihkan semangat dan kebanggaan pasukan Singapura.

Apa yang dihadapi Fandi ini sebenarnya mencerminkan ramai nasib pekerja-pekerja Singapura yang memegang gelaran tenaga kerja nombor satu di dunia sejak beberapa dekad. Tenaga kerja yang sama sekarang ini telah diganti dengan kemasukan besar-besaran pekerja asing.

Masalah Fandi diburukkan lagi apabila isterinya telah jatuh sakit. Bukan sekadar sakit biasa tetapi ia lebih 'sakit' kerana sistem penjagaan kesihatan yang teruk.

"Bil-bil perubatan agak tinggi bagi saya dan ia diburukkan lagi oleh hakikat apabila isteri tidak dilindungi oleh insurans." - kata Fandi di dalam Today.

Beliau kini telah merasai pengalaman pahit hasil daripada dasar PAP yang menyebabkan dirinya sengsara dan menanggung beban di bahunya dengan pelbagai masalah kewangan yang mungkin.

Selepas semua ini, nasib malang Fandi berterusan apabila bergelut untuk memiliki flat HDB, perumahan awam yang paling mahal di dunia pada hari ini kerana dasar-dasar HDB:

"Saya dalam proses memohon untuk membeli flat HDB. Tetapi saya tidak mempunyai cukup simpanan CPF. Oleh itu, perkara-perkara ini menjadikannya sedikit rumit."

Fandi pernah bergelar jutawan dan kehilangan sebahagian besar daripada simpanannya disebabkan pelaburan yang rugi. Ia sedikit sebanyak menyumbang kepada nasib beliau hari ini - jika dia menyimpan wangnya, hari ini dia akan duduk berehat dan dapat bersara lebih awal.

Walau bagaimanapun, tidak mempunyai banyak wang pada usia sebegini bukanlah suatu fenomena yang asing di Singapura kerana ramai lagi rakyat yang tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk simpanan yang agak besar pada hari tua nanti. Kita juga digalakkan untuk menjadi seperti Fandi - menjadi seorang usahawan dan mengambil risiko.

Masalah utama terhadap Fandi adalah kerana sistem di sesuatu tempat tersebut... beliau jatuh terbuang kerana kecenderungan kerajaan kepada bakat warga asing berbanding penduduk tempatan.-utaranews

A.S KATA, BERASA AMAT BERSYUKUR DAPAT HIDUP DI BUMI MALAYSIA INI.
APA LAGI YANG KITA MAHUKAN?
LIHATLAH BETAPA PERITNYA SURVIVAL HIDUP DI SINGAPURA DIBAWAH KERAJAAN PAP WALAUPUN NEGARA MEREKA BERSTATUS NEGARA MAJU!

2 comments:

Anonymous said...

Kita sama-samalah bantu Fandi kerana kita semalayu dan seislam.

Anonymous said...

Ya saya setuju dengan pendapat anda.Saya rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura kerana mengikut suami bertugas disini.Saya berjumpa dengan banyak warga SIngapura,dari golongan biasa dan professional.Rata rata mereka berkata walaupun bergaji besar tapi bila bersara simpanan tidak akan mencukupi disebabkan taraf hidup yang begitu tinggi...seolah olah mereka dibiarkan untuk 'survive' dibumi sendiri...tanpa pertolongan dari parti pemerintah..kita di MSia sungguh bernasib baik,hospital cuma bayar RM1 ,disini kalau tak dalam puluhan dollar sampai ke ratusan dollar untuk rawatan outpatient..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...